Friday, January 4, 2008

Akhirnya...dapat juga sambungan~

Pagi Isnin, traffic di Kotaraya seperti biasa.Sesak dengan kenderaan, di iringi dengan alunan bunyi hon dari pemandu yang tidak reti bersabar dan sekali sekala, deringan motorsikal menyelit di kiri kanan jalan.

Bosan dengan pencemaran bunyi di luar, Aiden menekan punat radio mencari sesuatu untuk tatapan halwa telinganya.

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

"Perghh! Dj ni pun..Macam faham-faham je..."Aiden tersenyum. Dia tahu kalau traffic begini akan mengambil masa paling sekejap 10 minit untuk bergerak. Telefon bimbitnya dicapai dan mencari nombor Sharina..

"Hello, dekat mana tu? Dah sampai office?"
"Belum lagi...Dekat Masjid Jamek tengah jalan ke pejabat. Takutlah..macam mana kalau boss garang?"
"Bos garang? Hurmm you kerja dengan i nak?"
" Bila masa pula you cari staff? Bukan dah cukup ke?"
" Urmm, ada jawatan baru. Full time housewife. Nak? I ambilkan borang kursus?"
"YOU!!! EEEee teruklah. Orang series dia memain. Dahlah, I dah sampai ni. Urm.. call la masa lunch nanti k?"
"Ok, good luck yeh!"

Aiden mematikan telefonnya dan menunggu kereta di depan bergerak..

Sharina kecewa "Sebuklah pakguard ni, nak cakap dengan buah hati pon kacau. Tengok-tengok garang pula.." Ingin dia terus bercakap dengan Aiden dan di usik begitu tetapi setibanya di bangunan Sri Cempaka dia sibuk memberikan maklumat peribadi untuk mendapatkan pas pelawat.

"Eh sekejap...Bila masa si Aiden tu jadi buah hati..."Sharina mula tersedar apa yang terlintas tadi.
Cuba sebolehnya untuk menutup ruang Aiden hampir dengannya, cuba berlakon dia dan Aiden sekadar teman biasa, cuba menidakkan perasaan.

"Cik Sharina...Ni passnya. Tingkat 5 yer."
terang sekuriti
"Ohh baik. Situ yer lif?"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari pertama di pejabat amat membosankan. Sharina berkenalan dengan semua staff cuba untuk ingat semua nama, mengisi semua borang yang ada dan cuba menyesuaikan diri dengan ruang empat segi yang sedang-sedang elok untuk letakkan satu rak buku dan kerusi.

" Hi, hello nama saya Sharina. Selamat berkenalan "
paling kurang 20 kali Sharina ulangi ayat yang sama. Terasa kelakar pula, bagai robot yang di program.

" Hi camne 1st day tadi? Dah keluar lunch ke?" Sms dari Aiden
Sharina melihat jam, sudah jam 1 petang dan dia belum keluar lagi. Masa berlalu pantas dan dia tidak sedar kalau tidak dari sms Aiden. "So far oklah...Dalam office lagi. Tak perasanlah. I nak keluar quick grab je apa yang ada kat cafe"
"Ok enjoy your lunch" Hurmm ingat baru nak ajak lunch. Lain kali kut.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++













2 comments:

WAN ZUHA ISHAK said...

ape daa... sambungan dah la sket, pastu berenti camtu jek? mmg nak kena cepuk tul la. hahahahaha

Ad- said...

hahahaah rileks la sis wan!
hahahahaha tgh pening2 lalat..lagipon nak dapatkan feel sharina/aiden ni susah woo..hahahaha

tengs for ur support thou~ hahahaha