Wednesday, July 23, 2008

hanya kisah klasik

Antara semalam dan hari ini,
Keliru tatkala semalam hilang,
Masih terasa hangat tangannya
Kini tiada hanya bayangan

Semalam sebuah kisah klasik,
Buat penyeri kala sendiri
Di ampai senyuman,
Di balik kesedihan

Hari ini berdiri di sini
Masih tiada gengaman erat
Mungkin tiada lagi selepas ini
Namun, percaya hari ini
Kan baik dari semalam
Bahwa hari ini, suria lebih hangat
Dan hujan lebih terasa
Angin lebih membuai dingin

Kerna aku hidup sekarang
Dan semalam hanya
sebuah kisah klasik~

ad-

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Salah tidak laut?
Biarkan ombak besar menghempas sisiran pantai
Apa tidakkah laut halang
Angin menyusup dan mencorak ombak
Perlahan dan perlahan

Mungkin juga salah sendiri
Membina rumah di sana
Indah berhias menghala rentangan lautan
Zahirnya tenang, di dalam bergelora

ad-

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Piring hitam si tua
Megah di sudut kilat di gilap
Piring hitam si tua
Mainkan lagu keroncong
Dongdang sayang siang dan malam

Masih ingatkah piring hitam si tua?
Berlagukah lirik di ruang tamu
Atau usang di sudut tersorok
Di biar di makan usia
Tenggelam nama,
Tenggelam megah
Tenggelam kemasyhuran

ad-

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Menjejak sutera kuning,
Indah khabar di bawa pedagang
Cantik berseri kepingin ramai
Apa benar utusan seberang
Sutera kuning anugerah di raja

Sepurnama di tunggu
Kapal dagangan tiada khabar
Apa selamat dari lautan luas
Atau khabar hanya khabar
Cakap kosong orang kebanyakkan

ad-

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berpatik pada raja
Bertuan dari hamba
Bersedih tidak bermakna
Berjauh hati hanya menghampa...

ad-

No comments: