Wednesday, September 5, 2012

Menulis menunggu Subuh

Gadis misteri itu lalu, sekejap hilang
Mencari arah dia pergi, tidak kesampaian
Mencari hujung haruman, ditepis angin lalu
Mungkin namanya manis, kerna senyuman itu

Dan apabila alamat yang ada cuma senyuman
Nama hanya raut wajah
Ketika itu hanya tahu sementara
Mengisi kekosongan, membuai sepi jauh

Anugerah bila rasa itu  hadir, 
Indahnya bila kekal
Tenang apabila gembira milik dia
Walau senyuman dikuntum  yang lain

gambar hiasan ihsan Google
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Wednesday, August 29, 2012

aku syukur

Di pantai sering ada
Tapak kaki membentuk di pasir halus
Tapi perlahan hilang
Di hembus, di tarik saringan air
Sekejap sekejap, lama-lama hilang

Disitu jugalah hati,
Rasa sayang bertapak perlahan
Lagi lama, lagi dalam bentuknya,
Kekallah berdiri, tegap
Walau digoda sejuknya air

Tapi bila tiba masa
Air pasang surut mencorakkan pesisiran
Pudar, pudar sedikit lagi.. Hilang

Dan kini bersyukur
Pada masa itu, ada yang pergi
Terima kasih

aku sunyi

Jika habis rokok sebatang,
Dimenung pokok pisang berkali,
Terlupa, cuba diingat,
Sudah berbuah atau tidak
Masakan dua kali hasilnya..

Henti lamunan sekejap
Bila angin menyapa laju
Dipandang ke atas gelap,
Hujankah tiba-tiba?
Harapan panas ke petang tidaklah sampai
Tapi sentiasa panjatkan kesyukuran

Tersenyum,
Manusia mudah lupa
Salahnya dia berulang
Kesalnya selalu pada ujian
Mengalah, malah melatah


Thursday, June 14, 2012

Better Man

Driving on highway in the middle of night was easy when good songs were aired...
It was 2am, from Batu Pahat heading back to Kuala Lumpur from visiting our dear friend who just lost his father.. when "Better Man" was on the radio, Addie and I were spontaneously sang along.. For me, three of us have turned to a better man when referred to "us" 10 years back..

Sulaiman, was my classmate in EC, Unimate in MMU has matured beyond his age... He was challenged with lost of his mother few years ago and again he was tested yesterday when his father passed away... Being as only child is not easy to lost beloved parents, but he looked calm and strong... He shared  his experience taking care his parents and this phares "tanggungjawab aku dah selesai Adlil, Addie, sekarang ni turn korang pula bila sampai masanya.." My respect is to his maturity and strength.. You are a good son and have become a better man, brother!

Addie, was my schoolmate in EC, Unimate in MMU, and a year housemate in Melaka.. He is a reliable friend, thanks to his phlegmaticness... A friend who has my respect for mature advise and good listener (especially to ladies)... I must say, all my normal girl friends are his BEST girl friends, and all his normal girl friends remain only his friends... We had a chat last night and now he realised how painful is to be broken hearted... And he seems seriously thinking to be better in away only us know... My respect to him for being a loyal friends and a good listerner... You surely have become a better man, brother!

And as for me, their only feedback was Im more patient, cool and relax.. Haha =)
Ye ke? But I know I have become a better man, a year older is a year wiser... ke bukan?



http://youtu.be/8e5WdsTd3sQ

Monday, May 14, 2012

kenangan terindah

Semuanya sudah tertulis,
Dan kita tidak segan-segan menyelak
Membaca dan teringat
Perenggan sebelum, babak terdahulu
Mana bisa mengkhianati, bisa melupakan
Kata orang, 
Pengalaman cikgu paling jujur dalam hidup
Pengalaman datang dari kenangan 


Untuk itu,
Terima kasih cikgu kerana setia
Mengajar, membentuk 
Dan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam




Monday, May 7, 2012

Buku Merah

Buku merah itu bagaikan arkib sejarah,
Cop-cop lama makin pudar,
Cop-cop baru berkira guna jari,
Ahh sungguh rindu berlari,
Dari satu daerah, ke daerah lain
Dari satu resam, ke resam lain

Mungkin realiti kini di bumi sendiri
Atau terpalit rasa geram
Terlepas menumpang di bumi orang
Gah dengan konkrit meninggi
Kuda moden berlari, laju..

Burung-burung besar di angkasa,
Nampak dari ruang jendela
Ke manakah mereka pergi
Meronta untuk berada di atas

Tuesday, May 1, 2012

Numb


Numb

Is a disaster from continuation?
I am numb to all accusation..
Blame that on me when you cant sleep well
Or even late to office
Sometimes I think,
What will the punching bag says, if can
Or what was the first word a cat says
To answer his lord abusive act

I was numb
When my answer replied with anger
When everything else doesn’t make sense
All you say is from what you think is real

I was numb today,
Decided..
To leave everything behind
And just be alone…

Wednesday, April 25, 2012

Siapa kata Hitam itu indah?

Pernah aku duduk di sudut itu,
Tidak berlampu, sinar suria disekat
Disitulah, kegelapan melekat gelap,
Hingga bayang takut mengikuti setiap langkah,

Siapa kata hitam itu indah,
Aku melihat kehitaman, kegelapan, kesesatan,
Di mana sifat munafik, menindas, membohong, mengambil kesempatan
Bagai pelangi hitam, bagai gerimis menyimbah,
Setiap sudut bagai kebasahan

Mungkin itu,
Ramai yang dahagakan nota kertas,
Sanggup membesarkan wilayah kegelapan,
Di mana ada kesempatan, di mana ada peluang,
Maka perang dengan kemunafikan bermula,

p/s - terlalu banyak con artist, buatku termuntah!

Tuesday, April 10, 2012

Perempuan CHANTEK!

Teringat suatu hari, sahabat ada menegur

"Lil, skang ni ramai betul hiasan dunia yang cantik-cantik.. mana datang ntah.."
"Hiasan dunia? You mean cars, houses ke?"
"Bukan, tapi perempuan.. Cuba tengok di FB ramai yang comel-comel.. Buatkan yang single like me confuse!.. Tanda akhir zaman.."
"Itulah.."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Chantek itu budi bahasa
Chantek itu cukup kain pemakaiannya
Chantek itu, bagi aku adalah kamu,
Sungguh hiasan dunia yang sempurna

Chantek dari kamu adalah kesabaran
Kerna aku mungkin tersasar amarah
Chantek dari kamu adalah kefahaman
Kerna aku mungkin membusut perasaan
Chantek dari kamu adalah kesempurnaan
Kerna bagi aku yang banyak kekurangan

Chantek!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Monday, March 19, 2012

Bermain catur di pentas dunia

Aku membaca mana letaknya tangan itu
Kelipan mata, garisan muka
Menggelengkah atau mengangguk
Kerna bahasa itu mampu bercerita
Tidak membohongi seperti kata lidah

Manusia bermain wayang,
Bukan anugerah piala tahunan jadi taruhan
Tapi beras, roti dan lauk di dalam saji
Ada juga memanjat tangga masyarakat
Menjadi garis panduan baju kerlipan,
Kasut berjenama, sanggul cantik kulit menawan
Ahh, mungkin dikaburi mata
Dengan status, pujian, penghormatan berlebihan
Di sini madam, Di sana Sir
Hingga jalan mendabik dada

Menarik

Sunday, March 18, 2012

Di kala cinta membuai

Bagai bunga tamar,
Permulaan suatu kemanisan,
Penyembuh kelukaan,
Di tengah kekudusan padang pasir

Manisan itu di dalam,
Sempurna diselimuti kekeringan,
Bertanya sekali,
Manakan ketahui isinya,
Setelah melihat luar yang berlainan

Syukur,
Ku temui tamar manis

H.J.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Mencuba bertahan
Di atas tulisan daun luruh,
Berdakwatkan dahan
Sengaja mahu kekal
Katanya hingga akhir rasa

Bila untung terhakis
Bagai ombak mendesah pasir-pasir
Bergerak sedikit, berubah wajah,
Daun hanya daun,
Hijau ke kuning, mati kekeringan

Ku berharap yang terakhir..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Satu dua tiga,
Aku berkira kali rambut kau belai,
Satu dua tiga lagi,
Nampaknya kau tidak senang duduk,
Adakah getarnya kau rasa juga,
Kerna aku telah denganmu,
Apakah, kita berasa bersama..

Sunday, February 12, 2012

Mini Cooper Sssssimply Sssssexy!

Half day was spent in few different car showrooms, from Mazda; a sexy Japanese car (dislike the uncomfortable seats) to Nissan, a macho Japenese machine (no for the oldschool design), then Hyundai, an elegant Korean babes (no for the unsuccessful wannabe luxury car interior design), and last my favourite continental beauty, the Peugeot for their extremely sexy CRZ (if only I print the RINGGIT)..

We then headed to 2 used carshops that were besides each other, and there we saw MINI COOPER SSS with turbo and fairlady.. Both have attitude from design, performance and class..

The car showrooms tour cannot be repeated too often, soooo teruja!

Thursday, January 19, 2012

Dewasa!

Cinta itu perasa,
Rasa itu unik,
Unik itu tidak terusik,
Namun bagaiman perasa yang unik terus tidak terusik?

Disana, dia bersedih,
Bila perasa bercampur,
Antara keunikkan dan keraguan,
Mungkin curiga? Bila percaya hilang..

Jadi apa resepi ini?

p/s - suka sangat bercinta lepas kawin =)



Awal pagi (2am)

Lagu cinta bermain, biarkan tiada henti,
Labuh malam berikan kesunyian yang pernah datang,
Cepat, ditutupi mata, bersyukur segalanya
Yang luka, disembuh
Yang dibenci, menyintai
Yang amarah, mengasihi
Mungkin masa dulu hanya buaian pencarian
Titik permulaan bukannya titik akhir

Bersyukur,
Segala doa dalam sujud di dengari,
Dimuliakan cinta dengan ikatan suci,
Direstui hubungan dengan pernikahan
Di depan kaabah aku berniat, dahulu
Nanti, empat puluh hari aku kan kembali
Memenuhi niat tertanam dahulu

Namun doaku tidakkan putus,
Mohonnya, kesolehan dan kedamaian
Buat yang ada, dan akan datang,
Insyaallah

Thursday, October 27, 2011

Bila cemburu

Malam ini berlalu dua
Esok tiga harapnya berakhir
Rindunya, tiada semua
Taknaklah merajuk lama-lama

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kalau buah rambutan tu merah,
Tak semestinya maniskan
Kalau epal tu hijau
Tak semestinya masam

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Thursday, September 1, 2011

Sebuah perkenalan


Permulaannya bagaikan di pentas, dimana sutradara bermain dengan kata-kata dikarang, itulah pementasan dunia. Hati gadis mana tidak diratah perasaan suka bagai di awangan jika garisan puitis kata di beri. Mungkin itu dirasai Fie, gadis riang yang dulunya tidak percayakan cinta lelaki. Hidupnya dulu di penuhi dengan kehijauan alam semulajadi, hujung minggu dihabiskan dengan mendaki bukit, tidakpun dia akan ke hutan simpan atau ke anak sungai. Pada satu ketika keasyikannya menyendiri membuatnya di sindir “orang hutan” dengan rakan-rakannya.

Bukan niatnya ingin bersembunyi tetapi dia bagaikan bingit dengan kesibukan kota, rimas dengan alunan kasar kebendaan warga di kota. Rakannya berebut-rebut menunjuk itu ini, siapa yang akan memperaga jenama terkenal, fesyen terkini, gajet termoden. Baginya semuanya tidak perlu dibalik kehijauan dunia. Dia tenang dan itu yang penting.

Dan ketika Adam hadir, itu yang di harapnya, agar ada seseorang dia boleh menumpang minat. Jika dahulu dia seorang mendaki bukit, meredah anak sungai, merayap di hutan simpan, dia hanya mahukan Adam berada di sampingnya. Fie mahu melihat matahari terbit dari Bukit di Melawati bersama, atau teman ketika berkhemah di tengah hutan.

Pada mulanya, itulah yang dijanjikan oleh Adam, di awal perkenalan di siapkan “resume” diri untuk menambat hati gadis idamannya. Kata-kata pujian di selit dengan harapan yangmereka akan bersama hingga ke akhirnya. Di balik awan-awan perkenalan sebalik kemesraan, sedari tidak Adam mula mengawal pergerakkan Fie.

Sudahnya lama-kelamaan, denai tinggalan Fie di dalam hutan mula diselaputi pohon, keladak tanah di anak sungai mula hilang dan pasir terhakis perlahan-lahan. Kehidupannya kini ditengelami arus kesibukan manusia di kota, dulunya pohon kayu sekarang dia hanya berteduh panas di balik tembok konkrit.

Jiwanya memberontak, lain yang di harap lain yang jadinya. Kadang-kala dirasa dirinya hilang pabila bersama Adam. Semakin dia bersama Adam, semakin dia rasa terasing. Akhirnya dia pasrah, Fie solat tahajjud dan memohon pada Pencipta agar diberikan jalan yang terbaik…

Thursday, August 25, 2011

Masking phlegmatic

بسم الله الرحمن الرحيم
With the name of Allah, the most gracious, the most merciful..

I would like to recommend read the Personality Plus by Florence Littauer (ISBN 1-85424-509-0).

The book brief 4 personality type;

Choleric: This is the commander-type. Cholerics are dominant, strong, decisive, stubborn and even arrogant.

Melancholy: This is the mental-type. Their typical behaviour involves thinking, assessing, making lists, evaluating the positives and negatives, and general analysis of facts.

Sanguine: This is the social-type. They enjoy fun, socialising, chatting, telling stories - and are fond of promising the world, because that's the friendly thing to do.

Phlegmatic: This is the flat-type. They are easy going, laid back, nonchalant, unexcitable and relaxed. Desiring a peaceful environment above all else.


Positive and negative for each traits are;

  • A Choleric is focused on getting things done, but can run rough-shod over others. They are decisive and stubborn.
  • A Melancholy is a highly talented person, they have brilliant ideas, although sometimes they can paralyze themselves with over-analysis. Lists and "doing things the right way" are characteristics of this personality type.
  • A Sanguine gets on well with people and can get others excited about issues, but cannot always be relied upon to get things done. They love interacting with others and play the role of the entertainer in group interactions. They have a tendency to over-promise and under-deliver.
  • A Phlegmatic is neutral - they tend not to actively upset people, but their indifference may frustrate people. They try not to make decisions, and generally go for the status quo. They care about people and harmony.

Source: wikipedia




Tuesday, August 23, 2011

Sales + Sold !!

بسم الله الرحمن الرحيم
With the name of Allah, the most gracious, the most merciful..

I am clueless when come to close deals.. To me, everybody can sell, as long as the person has courage to speak and talent to sweeten words.. But to close a deal needs more than words, that needs skills and luck..

It happened twice to me, where I failed to close deal with very potential client.. I flop in the last stage, clueless and let the opportunity passed by.. I cant find the right word to hint closing the deal, I failed to read client's body language to determine is it a YES or NO.. True, a lot more to learn...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

lesson learnt

Do not send freak text to ex that will hold back to past..
Before above situation happen, do not put much drama and crap into the relationship

By the way, love is enough if that is appreciated..


Wednesday, August 10, 2011

Happy...

بسم الله الرحمن الرحيم
With the name of Allah, the most gracious, the most merciful..

There were time I felt lost because I did not thank Him. I keep on sabotaging myself by comparing the life I had in Middle East to now, both financially and freedom. My doubt, unhappiness and unthankful had slowdown my pace.

Alhamdulillah, when I was in midst of losing myself, in doubt of my capability, God has enlightened me in many ways.. He showed me options when I was stuck, He killed my doubt by inspirational stories people shared, both strangers and friends and most of all, He allowed me to think and act rationally.

I prayed to him, and He had answered..

First answer:

I met group of my respectful dad's friends, professionals in Middle East. It was a common session where we talked about current nation's development from politics, to economy, sosio-culture and last business. And comparison between Malaysia and Middle East was discussed. There are pro and cons living in Malaysia and living abroad, Middle East as reported in Media is still in unrest environment after revolution movement in few Middle Eastern countries, depreciated Middle Eastern currency as compared to Malaysian Ringgit due to pegging to USD and higher unemployment and inflation rate. Malaysia otherwise is still considered home by them except to few politics development which I will not discuss any further.

At the end of the session, one of the them approached me and politely suggested me to explore golf tourism market, with fact Korean and Japense travel to Malaysia to play golf.

Second answer:

I had a break fast reunion at Al Rawsha with my fellow MMU friends, my first meeting after graduated in 2006. Apparently one of them own a travel agency and does inbound and outbound traffic. We had a casual talk about tourism, golf tourism, local industry trend and suggested to list properties in my hand with them.

I thank Allah..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

I realise I need positive energy from surrounding,
And it is not fair if I do not contribute but to take,
I try to write positively,
So we can share positive energy,
Be inspired, push forward and never look back

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

To be an entrepreneur,
I have to be strong,
Mentally and physically,

Insyaallah