Sunday, March 18, 2012

Di kala cinta membuai

Bagai bunga tamar,
Permulaan suatu kemanisan,
Penyembuh kelukaan,
Di tengah kekudusan padang pasir

Manisan itu di dalam,
Sempurna diselimuti kekeringan,
Bertanya sekali,
Manakan ketahui isinya,
Setelah melihat luar yang berlainan

Syukur,
Ku temui tamar manis

H.J.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Mencuba bertahan
Di atas tulisan daun luruh,
Berdakwatkan dahan
Sengaja mahu kekal
Katanya hingga akhir rasa

Bila untung terhakis
Bagai ombak mendesah pasir-pasir
Bergerak sedikit, berubah wajah,
Daun hanya daun,
Hijau ke kuning, mati kekeringan

Ku berharap yang terakhir..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Satu dua tiga,
Aku berkira kali rambut kau belai,
Satu dua tiga lagi,
Nampaknya kau tidak senang duduk,
Adakah getarnya kau rasa juga,
Kerna aku telah denganmu,
Apakah, kita berasa bersama..

No comments: