Thursday, June 5, 2008

Bukan hari ibu...

Hari ini Ad menyaksikan 2 situasi berlainan masa dan tempat tapi dari dapat merasai kasih seorang ibu..

Awal pagi Ad perlu ke tingkat management office dan semasa tunggu lif, ada seorang perempuan kemas dengan office attire, fail di kepit dan make up untuk serikan muka. Melangkah dia masuk ke lif dan sebabkan lif penuh, terpaksalah Ad menunggu next trip. Sedang lif ke tingkat atas, dia melambai ke luar, dan ad lihat di belakang, kelihatan seorang wanita tua melambai sambil mulutnya terkumat kamit membaca doa...memohon kejayaan anaknya..Tidak dia henti membaca doa sehingga lif tidak lagi kelihatan...

Wanita tua itu berjalan ke lobby dan melihat pejabat-pejabat di tingkat atas, sebolehnya cuba melihat anaknya melangkah ke pejabat temuduga...Dan akhirnya dia melangkah keluar dari pejabat....Ad yakin walaupun sedang dia beredar, mulutnya tidak henti memohon doa...

Situasi kedua semasa lunch, Ad memilih tempat berhampiran Mcd..Sedang makan tu ada seorang ibu dengan dua orang anak...takdelah kecil sangat dalam usia 15-17 tahun seorang lelaki seorang perempuan...Sedang mereka berjalan depan mcd, tiba-tiba kedua-dua anaknya merengek nak aiskrim...Melihat si anak meminta, ibu setuju dan berikan wang untuk anaknya..

Haiisshh... =)

Mungkin ada hikmah Ad dapat melihat semuanya...

No comments: